JoeyInfo: Kegunaan Ping Untuk Tingkatkan Ranking Search Engine


Ping adalah satu kaedah untuk memberitahu kepada search engine bahawa kita baru sahaja mengupdate blog kita. Kemudahan ini akan memberitahu kepada semua direktori, enjin carian dan lain-lain fasiliti di internet akan kewujudan blog kita.

Apabila blog kita telah dipingkan, kesemua enjin carian akan mendapat maklumat terbaru dari blog kita yang telah dikemaskini. Ping ini amat berguna untuk Search Engine Optimization atau SEO blog anda. Anda boleh ketahui apa itu SEO di laman ini.

Kita boleh gunakan perkhidmatan Ping yang terdapat di laman ini. Berikut adalah antara perkhidmatan Ping Blog:

Pingomatic.com
Pingoat.com
Total Ping.com
Ping.in
Googleping.com

Masukkan saja nama blog dan enter. Mudah saja.