JoeyInfo: Kegunaan Ping Untuk Tingkatkan Ranking Search Engine


Ping adalah satu kaedah untuk memberitahu kepada search engine bahawa kita baru sahaja mengupdate blog kita. Kemudahan ini akan memberitahu kepada semua direktori, enjin carian dan lain-lain fasiliti di internet akan kewujudan blog kita.

Apabila blog kita telah dipingkan, kesemua enjin carian akan mendapat maklumat terbaru dari blog kita yang telah dikemaskini. Ping ini amat berguna untuk Search Engine Optimization atau SEO blog anda. Anda boleh ketahui apa itu SEO di laman ini.

Kita boleh gunakan perkhidmatan Ping yang terdapat di laman ini. Berikut adalah antara perkhidmatan Ping Blog:

Pingomatic.com
Pingoat.com
Total Ping.com
Ping.in
Googleping.com

Masukkan saja nama blog dan enter. Mudah saja.

JoeyInfo: SEO - Search Engine optimization. Apa perlunya?

joeyinfo, joeyinfo, joeyinfoKepada para blogger, Search Engine Optimization atau SEO adalah penting untuk mendapatkan ranking yang tinggi para enjin carian seperti Google atau pun Yahoo. Sebagai contoh blog organik saya mendapat ranking pertama apabila memasukkan kata kunci GAYA HIDUP ORGANIK.

Beberapa perkara perlu diambil kira supaya blog kita mendapat tempat pertama di enjin carian.


1. Kandungan yang Segar dan original

Jangan sekali-kali meng'copy' dan 'paste' kandungan dari blog orang lain. Jika tak percaya, cubalah. Jika kita buat juga, terdapat hidden character yang terdapat di dalam kandungan blog lain itu yang akan menaikkan rating blog mereka berbanding blog anda. Ambil isi atau fakta yang terdapat di dalamnya, olah dan susun mengikut bahasa anda sendiri.

2. Gunakan Kata Kunci yang Sesuai Untuk Blog Kita

Keyword adalah faktor utama untuk mendapatkan tempat tertinggi di enjin carian. Keyword melambangkan personaliti blog anda. Keyword akan merujuk kepada keseluruhan blog anda. Sebagai contoh sekiranya blog anda adalah berkaitan dengan automobil, kata kunci blog anda perlulah mempunyai banyak perkataan berkaitan dengan automobil. Janganlah kata kunci blog anda automobil, tetapi isi kandungannya adalah cara-cara membuat nasi ayam hainan!

3. Jangan Aysik-asyik Tukar template!

Pelawat dan enjin carian akan keliru dengan blog anda. Ini juga akan menunjukkan anda tidak mempunyai pendirian. Sebagai blogger, anda perlu menjadi seorang pakar di dalam bidang yang anda paparkan di blog.

4. URL Anda Perlu Dimiliki di Link Oleh Blog-blog Lain

Pastikan anda berkawan baik dengan pemilik blog yang mempunyai rating yang tinggi di dalam Search Engine. Semakin banyak link ke blog anda, semakin tinggi pengunjung blog anda, semakin tinggi ranking blog anda di dalam enjin carian.

5. Kesemua Link Perlulah Wujud (No Broken Link, Please)

Seach Engine seperti Google sangat tidak menyukai akan link-link yang tidak wujud. Pastikan kesemua link yang terdapat pada blog anda mempunyai laman yang tertentu. Jika ada link yang tidak wujud, binalah secepat mungkin.

6. Posting Artikel Dengan Kerap

Buatkan jadual untuk menghantar artikel ke blog anda, mungkin setiap hari, 2 hari sekali, atau paling koman pun seminggu sekali. Search Engine sangat menyukai blog yang mempunyai artikel yang baru dan segar.

7. Tuliskan alamat Blog Anda Pada Setiap Imej Anda

Pastikan anda menulis alamat blog anda pada setiap imej yang terdapat di dalam blog anda. Pengguna search engine kadangkala mencari sesuatu berdasarkan imej yang terdapat pada imej Google. Jadi pastikan anda menggunakan sepenuhnya kaedah dan teknik SEO untuk meningkatkan ranking blog anda.