JoeyInfo: Shila Amzah Hebat Walau Bertudung

Joey baru saja balik dari menghadiri satu mesyuarat di Ulu Kelang dan tiba-tiba dapat satu panggilan dari kawan lama, Madam Nora yang katanya, 'Joey, dah tengok video Shila di China. Hebat! Siap nyanyi lagu Mandarin lagi. Hmm... Bunyinya bagus. Lalu saya pun terus menyoutubekan diri dengan mencari Shila Amzah di ruangan searchnya. Keluar lah video-video yang ada di bawah ni.

Shila Amzah atau nama penuhnya Nur Shahila bt Amir Amzah merupakan anak kepada penyanyi, pelakon N.D Lala atau nama penuhnya Amir Amzah b Salleh, telah mengharumkan nama Malaysia dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China. Shila telah mengalahkan peserta dari Korea, China, India, Singapura dan Thailand dan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM5 juta.

Beliau yang menyanyikan 3 buah lagu, cantik bertudung litup menyampaikan ketiga-tiga lagu dengan penuh bertenaga sehinggakan Eric Moo, penyanyi, komposer berasal dari Malaysia meremang bulu roma ketika Shila menyampaikan lagi pada nota yang tinggi. Sapa kata bertudung litup tak boleh berjaya? Tak semestinya kena dedah sana dedah sini baru boleh berjaya dan popular. Shila telah membuktikan dengan menutup aurat, masih tetap mampu menggapai kejayaan cemerlang di mana juga berada.

Enjoy video beliau di sini yerrr...

Rahsia Alam Maya Di Sini