JoeyInfo: Kenapa Innocent of Muslim?

Masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia umumnya rata-rata mengutuk filem yang dilabelkan sebagai menghina Islam ini. Tak salah menghina Islam janji kebebasan media diperjuangkan. Tak salah menghina Nabi Muhammad S.A.W asalkan hak kebebasan individu berkarya ditegakkan. Tak salah menghina Islam sekiranya ia mengembangkan idea dan mencetuskan kreativiti baru di dalam masyarakat.

Inilah yang diperjuangkan oleh puak-puak yang cenderung untuk meruntuhkan Islam, cenderung kepada Zionis, Kristian haluan kiri atau apa saja yang berlandaskan fahaman ciptaan Manusia. Sesungguhnya mereka inilah kaum yang telah Allah S.W.T janjikan kemurkaan sehebat-hebatnya di akhirat kelak. Namun begitu, Nabi Muhammad S.A.W telah menghadapi puak-puak ini di zaman awal mengembangkan Islam. Nabi dihina di Thaif, dibaling batu, dicerca dan dihina. Namun begitu, Baginda Rasul mengambil pendekatan bahawa mereka itu jahil, mereka itu tidak mengetahui tentang Islam. Hatta Jibrail A.S memohon untuk menterbalikkan kota tersebut untuk mematikan kesemua yang ada di situ, Baginda Rasul menyatakan, 'Jangan Ya Jibril, sesungguhnya mereka tidak tahu. Akan datang jika tidak mereka menerima Islam, pasti anak-anak dan keturunan mereka menerima Islam'.

SUBHANALLAH! Lihat Bagaimana Dakwah di Tepi Jalan Membuka Hati Kepada Islam


Begitulah betapa rahimnya Baginda Rasul terhadap para penentangnya. Namun begitu, bolehkah kita berlaku demikian kepada mereka yang menghina Islam dizaman ini? Dengan pelbagai maklumat dihujung jari, dengan pelbagai debat dan syarahan yang ada di dalam youtube, dengan pelbagai e-book dan penerangan toleransi antara agama yang dianjurkan oleh Islam, apakah mereka masih lagi ingin mencetuskan api kemarahan dengan menghina Islam dan baginda Rasul?

Disepanjang peradaban Islam, Islam tidak pernah menganjurkan sebarang demo, penerbitan, buku mahupun filem yang menghina tokoh-tokoh penting di dalam agama seperti Kristian, Yahudi, Hindu Budha dan Confucious. Atau lain-lain bangsa atau kaum, kaum muslimin tidak pernah menimbulkan konfrontasi terhadap sesiapa jua di atas muka bumi ini. Kerana apa? Islam adalah agama Sejahtera untuk sekelian alam. Hanya mereka yang bukan Islam yang sentiasa menyerang Islam dari pelbagai pelusuk utara, timur, barat dan selatan. Kerana apa? Itulah janji Allah S.W.T kepada kaum muslimin, 'Sesungguhnya kaun Yahudi dan Nasara itu tidak akan tenang, aman dan bahagia sehinggalah kamu, Umat Islam, mengikut mereka masuk ke lubuk mereka'.

Video seorang bukan Islam kembali kepada Islam setelah kupasan dari Dr Zakir Naik. Alhamdulillah


Jadi inilah perjuangan. Kita sebagai umat Islam perlu sentiasa bersiap siaga menghadapi serangan mereka dari pelbagai penjuru, media, propaganda, filem, penerbitan, cara hidup dan sebagainya. Jangan pula bila bukan Islam menyerang Islam dari luar, bukan main kita berdemo, beraksi dan menunjuk rasa, puak Islam sendiri yang mengamalkan hidup bebas, cara barat dan berfahaman sekular, kita biarkan. Itulah sebenar-benar perosak Islam dari dalam!

Amalkan makanan organik untuk kesihatan!