JoeyInfo: Legoland Malaysia


Legoland Malaysia telah dibuka secara rasminya pada 15hb September 2012 di Nusajaya, Johor. Ianya adalah di dalam kawasan Pembangunan Iskandar yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Terdapat 40 jenis permainan yang tak habis sehari suntuk untuk dicuba. Kesemuanya boleh dirasai keseronokannya bersama keluarga. Terdapat 7 taman tema untuk semua peringkat umur. Ia menjadikan anak-anak seolah-olah super hero yang berada di dalam dunianya sendiri.

Terdapat juga MINILAND di mana 30 juta kepingan LEGO membentuk mercutanda ibukota di Asia. Ia merupakan dunia interaktif pada skala 1:20 di mana keretapi, kapalterbang dan patung mainan menjadi hidup.

Taman tema LEGOLAND mula dibuka pada tahun 1968 di Bilund, Denmark. Ia diikuti di dalam tahun 1996 dan 1999 di Windsor, United Kingdom dan Carlsbad, California Amerika Syarikat. Di dalam tahun 2002 pula, LEGOLAND telah dibuka di Deutschland. Semenjak tahun 2005, ke empat-empat taman tema LEGOLAND telah dimiliki oleh Merlin Entertainments Group yang juga mengurus tamantaman menarik seperti pusat Sea Life, Dungeons, dan Earth Explorer. Di dalam tahun 2011, LEGOLAND Florida dibuka kepada orang ramai dan LEGOLAND pertama di Asia adalah di Malaysia.